Want your
own Fotopage?






 
Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 9-Aug-2010 02:51 Email | Share | | Bookmark
>> CahayaKad menyertai komuniti Facebook!



CahayaKad kini menyertai komuniti FACEBOOK. Lebih mudah untuk berhubung di Facebook. Jadilah Fan of CahayaKad untuk memberikan komen, pertanyaan atau sekadar untuk mengenali produk CahayaKad.

Kini update untuk produk-produk CahayaKad hanya akan dikemaskini di Facebook | CahayaKad

Klik http://www.facebook.com/pages/CahayaKad/124867334226276?ref=search untuk Kad Jemputan Minimalist CahayaKad.


Sunday, 1-Aug-2010 12:00 Email | Share | | Bookmark
SELAMAT DATANG KE LAMANWEB CAHAYAKAD

Jika anda melayari laman web ini buat kali pertama, sila klik link di bawah ini untuk meneliti perkhidmatan yang ditawarkan oleh CahayaKad

1. Mukadimah & Pengenalan Kad Jemputan Cahayakad. Klik di sini.
2. Tips untuk menempah kad jemputan perkahwinan. Klik di sini
3. FAQ tentang Kad Jemputan Perkahwinan. Klik di sini
4. Contoh-contoh kad-kad jemputan perkahwinan CahayaKad yang telah dicetak. Klik di sini updated!
5. Contoh-contoh Font dan rekaan Logo Jemputan Perkahwinan. Klik di sini

Jika anda sudah biasa melayari laman web ini, sila scroll ke bahagian bawah mukasurat untuk membaca update terbaru tentang produk-produk CahayaKad.

Jika ada sebarang komen atau cadangan untuk memperbaiki perkhidmatan CahayaKad, sila kemukakan di bahagian ruangan komen di bawah.


Tuesday, 20-Jul-2010 08:36 Email | Share | | Bookmark
Dapatkan Contoh-contoh Kad Jemputan dengan Hanya RM65

Kata orang, Tak Kenal Maka Tak Cinta. Kini anda berpeluang untuk memiliki contoh-contoh 7 keping kad jemputan dengan harga serendah RM65. Dengan memiliki kad-kad ini, anda sendiri akan dapat menilai kualiti dan rekaan layout sebelum membuat keputusan untuk menempah kad. Promosi ini akan berlanjutan sepanjang tahun.



Jika anda berminat untuk mendapatkan contoh-contoh yang telah dicetak sila hubungi saya untuk keterangan lanjut. Klik http://cahayakad.com/25+sampel+kad.html untuk keterangan lanjut.

+ + + + +

Untuk entry seterusnya (Koleksi LOVE SERIES / Meraikan Cinta / A Celebration of Love / Rozie & Yazhani, sila scroll ke bawah bawah mukasurat ini. Enjoy!

LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com / latkadir@gmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300


Wednesday, 14-Apr-2010 02:10 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Cinta / A Celebration of Love | Rozie & Yazhani

Majlis Makan Malam & Resepsi Perkahwinan Rozie & Yazhani telahpun berlangsung dengan suasana yang penuh meriah. Majlis yang diadakan pada 27 Mac 2010 itu berlangsung dengan mood ceria bertemakan Arabian Night + Egyptian + Taj Mahal + British India + Nusantara. Semuanya bergabung didalam satu majlis yang begitu indah sekali.

Saya sendiri begitu terpesona dengan persembahan nyanyian, pantun gurindam dan semestinya hidangan yang disediakan oleh The Hilton Kuching yang begitu enak sekali. Untuk anda yang mengikuti lamanweb ini, saya serta beberapa imej yang saya sempat rakamkan pada sebelah petang sebelum majlis dimulakan.

Projek untuk Printed Items perkahwinan ini dimulakan dengan penciptaan tema oleh kekanda kekanda pengantin perempuan. Beliau memilih untuk menggunakan imej burung merak yang selalu dikaitkan dengan empayar British India. Apabila imej merak ini diperluaskan, maka ilham-ilham lain seperti rekaan senibina Morocco (Masjid Hassan II), Taj Mahal, Cleopatra, Sungai Nil, khemah Arab Badwi dan padang pasir semuanya muncul untuk diterjemahkan di dalam deco perkahwinan, persembahan, menu dan mood pada malam tersebut.

Antara Printed Items yang saya hasilkan termasuklah 2 kad jemputan perkahwinan (majlis Ijab Kabul & Meraikan Cinta), Menu Santapan, Bottle Wrapping, Door Gift Box & Riben.



















Jika anda berminat dengan penggunaan tema seperti perkahwinan ini, saya boleh mengemukakan cadangan untuk anda. Imej-imej seterusnya untuk tatapan anda. Terima Kasih
















Saturday, 20-Mar-2010 02:13 Email | Share | | Bookmark
Meraikan Cinta Rozie & Yazhani.



Majlis perkahwinan Rozie & Yazhani akan dilangsungkan tidak lama lagi. Rozie adalah adik perempuan bongsu kepada Tuan Haji Hashim. Saya bertanggungjawab menciptakan kad jemputan beliau pada tahun 2005 dan kini giliran adik perempuan beliau pula. Sebagai seorang arkitek, Haji Hashim mempunyai citarasa yang berbeza melalui pengalaman beliau melancong ke negara-negara Eropah, Timur Tengah dan Australia.

Beliau memilih konsep Arabian + Mediterranean + British India. Warna Emas dan Tiffany Blue adalah warna asas yang dipilih sama seperti tema pakaian pasangan pengantin. Saya mencadangkan koleksi "Love Series" untuk mereka dan 2 proposal telah dipilih untuk disenarai-pendek. Hasil akhirnya agak memuaskan hati terutama warna Tiffany Blue yang agak menonjol sebagai warna tema.

Antara item yang saya cipta untuk pasangan Rozie & Yazhani adalah:
1) Kad Jemputan Majlis Ijab Kabul
2) Kad Jemputan Meraikan Cinta / Jamuan Makan Malam
3) Bottle Wrapping untuk mineral water
4) Menu untuk Jamuan Santapan Malam
5) Kotak untuk Door Gift.

Dibawah ini adalah imej-imej dari rekaan Kad Jemputan / LOVE SERIES yang bertemakan Meraikan Cinta. Jika ada kesempatan nanti, akan saya sertakan juga gambar-gambar majlis perkahwinan mereka yang akan berlansung pada minggu depan. Enjoy!










LOVE SERIES boleh ditempah sekarang. Lebih banyak pilihan untuk anda. Hubungi saya di latifiamir@hotmail.com atau SMS (013) 8210843. Terima Kasih.


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net