Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 5-Aug-2009 07:17 Email | Share | | Bookmark
Koleksi CahayaKad 2009 / 2010

Salam Sejahtera.

CahayaKad masih di dalam proses untuk mengemaskini semua rekaan 2009 ke lamanweb berbayar, Insya-Allah.
Buat sementara waktu, saya upload dahulu sample dari rekaan tersebut.

RING SERIES: Code RS01



RING SERIES: Code RS02



RING SERIES: Code RS03



SILHOUETTE SIRIES: Code SS01. Fern









SILHOUETTE SERIES: Code SS02. Maiden Hair





SILHOUETTE SERIES: Code SS03. Chandelier





SPESIFIKASI
Saiz Kad: 16.5cm x 16.5cm (tutup) / 16.5cm x 33cm (buka)
Material: Cover - Artizan Linen Card 220 gm / Inlay: Simili Paper 80 gm
Printing: 1 warna & hot stamping.

HARGA KAD
1) 500 kad + 500 sampul (tidak bercetak) = RM1055
2) 500 kad + 500 sampul (bercetak) = RM1380

3) 750 kad + 750 sampul (tidak bercetak) = RM1242
4) 750 kad + 750 sampul (bercetak) = RM1685

5) 1000 kad + 1000 sampul (tidak bercetak) = RM1430
6) 1000 kad + 1000 sampul (bercetak) = RM1795

LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300


Wednesday, 5-Aug-2009 04:01 Email | Share | | Bookmark
Ilham, Tips dan Idea untuk Kad Jemputan

Mari kita kongsikan idea-idea untuk mendapatkan Kad Jemputan yang mampu untuk memuaskan hati pasangan pengantin.

A. CIPTA LOGO / MONOGRAM YANG UNIK

Salah satu cara untuk menunjukkan kelainan adalah dengan mencipta tema dan logo untuk nama pasangan pengantin. Logo atau tema majlis perkahwinan anda adalah unik dan ia tidak akan diulang pada kad jemputan pasangan lain.

Ciptakan tagline yang bersesuai dengan tema perkahwinan anda seperti 'Kisah Cinta', 'Kasih Abadi', 'Hikayat Cinta' atau ayat-ayat lain yang lebih kreatif.



Tema dan logo ini boleh diulang-ulang pada rekaan selain dari kad jemputan, umpamanya kad terima kasih pada bunga telur, album perkahwinan, kek perkahwinan ataupun hiasan pelamin.

B. IDEA DARI KOTAK MINYAK WANGI.

Rekaan pada kotak minyak wangi sering menjadi rujukan CahayaKad. Ia serba ringkas dan cantik dipandang mata. Namun untuk mencapai rekabentuk yang 'minimalist' dan asli sering menjadi cabaran bagi pereka. Untuk pelanggan pula anda boleh perhatikan rekaan-rekaan pada kotak atau pembungkus minyak wangi sebagai ilham.



Selalunya pengeluar-pengeluar jenama ini lebih gemar dengan rekaan yang sederhana dan serba ringkas. Lihatlah semula kotak-kotak minyak wangi anda, pasti ia akan memberikan ilham.

C. CUBA ELAKKAN REKAAN YANG TELAH DIULANG-ULANG.

Anda mungkin menempah Kad Jemputan hanya sekali seumur hidup anda. Pastikan ia adalah rekaan yang asli dan menggambarkan keperibadian anda. Cuba elakkan menempah rekaan Kad Jemputan yang telah diulang-ulang sejak sekian lama kecuali jika rekaan itu betul-betul menarik.

Elakkan juga rekaan yang terlalu semak, tiada fokus dan penuh dengan warna-warni. Pereka kad mempunyai tanggungjawab untuk memberi rekaan yang terbaik sahaja untuk anda sebagai Raja Sehari.

D. TALI EMAS YANG MURAH TAPI NAMPAK EKSKLUSIF.

Tali Emas atau Perak sangat murah dan mudah untuk didapati. Lilitkan pada kad anda dan pasti hasilnya tidak mengecewakan. Kad anda pasti nampak mahal dengan sedikit sentuhan sahaja.



Tali riben juga adalah alternatif untuk menceriakan penampilan kad atau bungkusan hadiah cenderahati. Klik http://images.krop.com/meandmisterjones-49797fd0af90.jpg ini untuk melihat contoh penggunaan 3 tali riben. Ia nampak sangat klasik dan eksklusif.

E. KERTAS YANG BERKUALITI.

Kertas memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan kesan visual pada Kad Jemputan. Kertas yang berkualiti mungkin agak mahal tetapi hasilnya sangat memuaskan. Antara kertas tebal yang sering digunakan oleh CahayaKad adalah dari jenama Artizen Linen Laid dan Conqueror Laid Board. Kertas jenis ini mempunyai tekstur yang sangat lembut apabila disentuh.

F. PEMILIHAN FONT YANG SESUAI.

Sila berbincang dengan Pereka anda untuk mendapatkan Font (Rupahuruf) yang bersesuaian dengan rekaan kad anda. Tidak semua font sesuai untuk Kad Jemputan. Kita harus memikirkan golongan tua yang agak sukar untuk membaca jika teks yang digunakan dari jenis Script yang berbelit-belit.



Perhatikan font-font diatas yang sesuai untuk nama-nama pengantin dan juga untuk teks isi kandungan kad. CahayaKad mempunyai beberapa jenis font yang sangat klasik dan cantik seperti Sabon SC, Bodoni SC, Bembo dan Bicham Script.

Perhatikan huruf Q diatas, ia sangat menarik kerana ekornya agak panjang. Begitu juga dengan nombor-nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 yang mempunyai ketinggian yang agak berbeza. Ia sangat cantik apabila dicetak diatas kad.

G. RAKAMKAN MEMORI KAD PERKAHWINAN ANDA.

Anda boleh meminta supaya jurugambar perkahwinan merakamkan gambar kad perkahwinan anda sebagai kenang-kenangan. Anda dan pasangan boleh memegangkan kad tersebut dan bergambar dengan gaya yang agak kreatif. 10 atau 20 tahun akan datang, detail seperti kad jemputan, bunga telur, kasut, pakaian pengantin, pelamin akan mengingatkan anda pada hari bersejarah itu.

Terima Kasih.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
Designer / CahayaKad
(013) 8210843
latifiamir@hotmail.com


Tuesday, 5-May-2009 12:20 Email | Share | | Bookmark
KAD JEMPUTAN CIK NURUL NADIRAH & EN HERMAN / KUNTUMAN KASIH



Sebelum ini kebanyakan pelanggan CahayaKad hanyalah dari Kuching sahaja. Cik Nurul Nadirah adalah antara pelanggan dari Semenanjung. Saya menerima email dari beliau ketika saya berada di Kuala Lumpur di atas urusan kerja di Putra Jaya pada bulan Disember 2008. Saya bersetuju untuk menerima tempahan beliau kerana sudah tiba masanya saya menerima tempahan dari luar Sarawak.

Cabaran untuk menempah kad secara online adalah "kepercayaan" pelanggan kepada CahayaKad. Saya sendiri memahami kebimbangan Pelanggan terutamanya ketika proses penghantaran Pos Laju dilakukan. Sebenarnya penghantaran melalui Pos Laju adalah selamat. Anda perlu pastikan alamat yang diberi adalah betul dan ada penghuni yang menerima bungkusan tersebut. Jika tidak anda terpaksa mengambilnya di Pejabat Pos Laju yang berhampiran. Penghantaran Pos Laju juga disertakan dengan Nombor Kod Penghantaran. Anda boleh log nombor tersebut untuk mengetahui status penghantaran tersebut. Penghantaran melalui Pos Laju mengambil masa 24-jam dari tarikh penghantaran.

Berbalik kepada rekaan kad tersebut, saya berhubung dengan Cik Nurul Nadirah melalui email dan SMS sahaja. Alhamdullilah beliau bersetuju dengan cadangan kad yang diberikan. Bagi saya pula apabila idea kita dapat diterima, maka makin bersemangat untuk menghasilkan kad yang ada sedikit kelainan.

Beliau menempah sebanyak 1000 keping berserta sampul kad dan sticker. Saya sendiri sangat berpuashati dengan hasilnya. Warna ink keemasan dan warna emas hotstamping amat menyerlah apabila dicetak diatas kertas tebal Artizan Linen 220gm.

Terima Kasih kepada Cik Nurul Nadirah & pasangan. Semoga majlis perkahwinan anda nanti berjalan lancar. Tahniah & Selamat Pengantin Baru!. Terima kasih juga kepada Cik Zarith Sofea Zamir - kerjakahwin.blogspot.com.

Antara gambar-gambar kad tersebut.















Poster di pintu masuk ke Ballroom di Majlis Perkahwinan





LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300


Monday, 4-May-2009 07:09 Email | Share | | Bookmark
IDEA UNTUK DIKONGSI BERSAMA.

SETIAP PASANGAN PENGANTIN ADALAH ISTIMEWA DAN UNIK.

Mengapa saya berkata demikian? Kerana setiap dari kita adalah unik. Pasangan yang unik juga selayaknya mendapatkan kad jemputan yang unik di hari persandingan mereka.

Mungkin ada pasangan pengantin yang agak keberatan untuk berkongsi layout dengan pasangan pengantin yang lain. Atau dalam erti kata yang lain, pereka atau pencetak mengambil jalan mudah dengan "mengitar-semula" layout yang terdahulu tanpa membuat apa-apa perubahan atau tambah nilai pada kad-kad tersebut.

Namun bagi saya, setiap pasangan pengantin adalah UNIK. Untuk mengelak agar kad-kad jemputan ini nampak sama, jadi saya ketengahkan ilham terbaru ini dengan meletakkan nama Pengantin sebagai Identiti mereka. Nama mereka direka seperti sebuah logo, tanda pengenalan atau emblem agar kad mereka lain dari yang lain.

Perhatikan contoh-contoh kad di bawah ini.









Rekaan ini akan dilengkapi dengan FONT (Rekahuruf) terbaru yang pasti akan menampakkan kelainan pada kad jemputan anda. Selepas ini saya akan upload-kan lagi beberapa contoh untuk tatapan anda.

PEMBERITAHUAN: BERMULA DARI BULAN INI CAHAYAKAD AKAN MENERIMA TEMPAHAN DARI PELANGGAN-PELANGGAN DI SEMENANJUNG MALAYSIA. SILA HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT.

LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300


Monday, 5-Jan-2009 08:09 Email | Share | | Bookmark

Salam sejahtera untuk semua,

Terlanjur update, saya ingin bercerita tentang rekaan yang saya paling suka. Saya sebenarnya lebih gemar kepada rekaan yang serba sederhana. Tidak kiralah samada rekaan grafik, fesyen, senibina, fotografi mahupun perabut.

Rekaan yang serba sederhana ini akan mampu dicapai sederhana kita faham "Basic of Design" seperti elemen Contrast, Harmony dan Balance. Kita juga perlu faham apa itu Shape, Form, Shadow, Space dan sebagainya.



Saya pernah merekabentuk sebuah buku untuk Prof Dr. Wan Zawawi Ibrahim. Ketika itu beliau masih lagi mengajar di Universiti Malaysia Sarawak, Kota Samarahan. Selain dari memberi syarahan, beliau juga aktif sebagai penggiat seni. Saya diperkenalkan kepada beliau melalui rakan arkitek saya, iaitu iman+ghazali.

Bekerja dengan Dr Wan (panggilan mesra beliau) tidaklah sukar. Malah projek ini memberikan kelebihan kepada saya kerana ia sangat penting untuk senarai portfolio saya.

Buku ini diberi tajuk "Voices of the Crocker Range - Indigenous Communities Sabah". Saya menyiapkan buku ini dalam masa 2 hingga 3 bulan sahaja kerana kesuntukan waktu. Walubagaimanapun saya amat berpuas hati dengan hasil cetakan akhirnya. Yang penting elemen sederhana (minimalist) dapat saya capai pada layout buku ini.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net