Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 5-Jan-2009 07:28 Email | Share | | Bookmark

Salam sejahtera semuanya,

Terlebih dahulu saya mengucapkan Selamat Tahun Baru Hijrah 1430 dan Selamat Tahun Baru 2009. Semoga tahun ini lebih memberi keceriaan kepada kita semua.

Beberapa hari yang lalu, saya membelek koleksi kad-kad yang sudah dicetak untuk dipertontonkan kepada pelanggan saya. Kebetulan saya terjumpa sekeping kad jemputan yang saya cipta pada tahun 1997.

Kad itu sudahpun berusia 12 tahun, namun rekaannya masih sesuai jika dicetak semula kerana rekaannya tidak bermusim. Namun apa yang saya kesalkan kad jemputan ini telah ditiru ciptaannya tanpa kebenaran saya. Pada mula rasa 'terharu' kerana rekaan saya menjadi ikutan. Tetapi lama kelamaan apabila terdapat 2 atau 3 kali kad ini ditiru, rasa marah juga kerana hasil peluh kita ditiru bulat-bulat.




Berbalik kepada rekaan kad ini, ia adalah kepunyaan Hajah Masnoon Tan Sri Datuk Amar Bujang Nor dan pasangannya Shahril. Majlis ini dijalankan serentak dengan adik perempuan beliau iaitu Sophia dan pasangannya Abang Mohammed Reza.

Kad ini dicetak diatas kad jenis Conqueror yang agak tebal. Ia hanya menggunakan satu warna iaitu warna emas di bahagian cover dan isi kandungannya. Warna emas hot stamp juga digunakan untuk bahagian cover untuk menaikkan seri kad ini.

Kad ini diikat dengan riben diatas kehendak pengantin perempuan sendiri.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



Saturday, 22-Nov-2008 08:27 Email | Share | | Bookmark

Selain daripada merekabentuk kad jemputan perkahwinan, saya juga sering kali mendapat tempahan untuk merekabentuk kad hari perayaan. Kad Hari Raya Aidilfitri bagi saya adalah satu peluang untuk menghasilkan kad yang lebih cenderung kepada rekaan yang bercirikan Kesenian Islam.



Kad ini adalah antara kad yang saya cipta untuk Pihak Kementerian di Sarawak. Setakat ini saya telah beberapa kali diberi peluang untuk mengemukakan rekaan saya. Konsep Geometrik adalah kegemaran saya kerana ia sangat bersesuaian dengan semangat Hari Raya itu sendiri.



Pada bahagian belakang kad tertera ayat-ayat tentang konsep Geometrik ini. Ia berbunyi seperti berikut:

Koleksi Geometrik CahayaKad

Di dalam Kesenian Islam, imej-imej bernyawa seperti haiwan, manusia dan patung adalah dilarang sama sekali kerana menjadi kebimbangan akan melibatkan unsur-unsur pemujaan yang bertentangan dengan fitrah manusia yang meng-Esa-kan Allah SWT. Kerana itulah seni corak Geometrik diilhamkan sebagai identiti dalam Kesenian Islam. Lukisan geometrik bergrid ini adalah gabungan rekabentuk empat segi, tiga segi, hexagon dan bulatan. Keempat-empat bentuk ini diulang-ulang sehinggalah menjadi sebuah lukisan abstrak yang seakan-akan tiada berpenghujung dengan susunan warna yang harmoni dan sangat menarik.


Terima kepada pihak Kementerian Perumahan yang memberikan peluang ini kepada saya.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



Saturday, 22-Nov-2008 07:12 Email | Share | | Bookmark

Salam sejahtera untuk semua,

Seperti yang dijanjikan sebelum ini, saya akan cuba untuk kemaskini lamanweb ini dengan lebih kerap lagi.

Kali saya siarkan rekabentuk kad yang saya cipta pada pertengahan tahun lalu. Saya berjumpa dengan pengantin perempuan, yang saya panggil Cik Izan sebanyak 3 kali sebelum beliau bersetuju dengan rekabentuk yang dicadangkan.

Beliau adalah seorang jurutera di sebuah syarikat di Kuching. Yang paling menarik, beliau tahu apa beliau inginkan untuk kad perkahwinan beliau. Beliau membawa beberapa contoh yang diambil dari majalah. Walaupun permintaan beliau tidak dapat dipenuhi sepenuhnya, tetapi beliau bersetuju dengan rekabentuk yang dicadangkan.



Beliau sendiri yang bersusah-payah menghantar email seisi isi kandungan kad ini. Sesuatu yang sangat saya hargai.

Malah perkataan "JALINAN KASIH" itu sendiri adalah tagline yang beliau cipta. Kerana itulah kad ini adalah antara favourite saya selama berkecimpung di dalam bidang rekaan kad ini.



Hasil terakhir kad ini menggabungkan kad yang juga berfungsi sebagai sampul. Apabila ia dilipat ia kelihatan seperti sekeping kad yang tertutup. Ia dikemaskan dengan sekeping pelekat (sticker) agar kad ini tertutup rapi.



Terima kasih untuk Cik Nurhafizan dan pasangannya, En. Mohd Azizi Asraf, semoga berbahagia selalu hendaknya.

Petua untuk merekabentuk kad:

1. Cuba elakkan daripada menggunakan gambar-gambar pasangan pengantin semasa masih kecil sebagai hiasan di muka depan kad. Gambar-gambar semasa kanak-kanak ini akan membuat kad anda seperti sekeping kad sambutan harijadi sahaja. Kad jemputan perkahwinan adalah sesuatu yang penting. Jika anda masih ingin menggunakan gambar, pasti gambar yang terbaru dan kualitinya amat baik untuk percetakan.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



Saturday, 8-Nov-2008 05:34 Email | Share | | Bookmark

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Saya memohon maaf kerana agak lama tidak mengemaskini lamanweb ini kerana kesuntukan waktu. Kali terakhir saya menulis di laman ini adalah pada tahun lepas iaitu 25 Jun 2007.

Saya masih aktif merekabentuk rekaan grafik walaupun perhatian lebih tertumpu kepada kerja-kerja yang bukan berkenaan dengan rekaan kad. Insya-Allah jika ada kesempatan akan saya cerita di masa akan datang disamping gambar-gambar terbaru rekaan grafik yang telahpun dicetak untuk tatapan semua.

Untuk pengetahuan pembaca laman ini, saya tidak hanya menghasilkan rekaan kad sahaja. Malah, saya juga merekabentuk layout untuk buku, brochure dan lamanweb.

Saya juga sering menerima panggilan telefon, email bertanyakan tentang kad rekaan saya. Terima kasih kerana kesudian anda untuk menghubungi saya. Malah ada pasangan yang datang bertemu dengan saya untuk melihat dengan lebih jelas rekaan-rekaan kad yang telah dicetak.

Saya sebenarnya amat terbuka dalam hal ini, saya juga amat gembira jika ada yang datang untuk melihat portfolio saya. Sekurang-kurangnya mereka faham dan boleh melihat dengan sendiri hasil kerja saya. Samada mereka hendak menempah kad atau tidak, itu terpulanglah kepada citarasa masing-masing.

Saya tidak boleh memaksa mereka untuk menyukai rekaan saya.

Saya akan melancarkan semula rekaan-rekaan terbaru menjelang 2009 ini. Pastikan anda ke sini untuk melihat perkembangan selanjutnya.

Saya akan cuba untuk update sekerap yang mungkin selepas ini. Sehingga berjumpa lagi. Bye


Monday, 25-Jun-2007 23:50 Email | Share | | Bookmark
Kad Jemputan Perkahwinan Eksklusif CahayaKad (2)



Rex-Pierre Ridu adalah rakan sepejabat saya ketika kami mula-mula bekerja di sini. Ketika beliau menyuruh saya merekabentuk kad jemputan beliau, saya agak ragu-ragu sedikit kerana saya tahu citarasa beliau terhadap design adalah sangat tinggi. Sebagai seorang arkitek beliau tahu apa yang dia mahu iaitu kad yang sederhana, minimalist tapi unik.

Jadi untuk mendapatkan hasil yang diinginkan, kami mencipta kad ini dengan menggabungkan idea kami berdua. Beliau telah memilih tema fern (paku pakis) untuk kad beliau. Saya menggunakan kesan cetakan timbul (blind embossed) untuk singkatan nama beliau dan isteri beliau Fiona. Kemudian perkataan Wedding Invitation pula dicetak dengan menggunakan cetakan emas (gold hot stamping). Beliau sendiri sanggup terbang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mendapatkan material yang sesuai untuk kad jemputan beliau. Kad yang berwarna krim dan mempunyai tekstur.

Saya sendiri sangat berpuas hati dengan hasil terakhir kad ini. Ketika Rex memperkenalkan saya dengan bapanya Datuk Jacob Ridu, beliau turut menyatakan rasa terima kasihnya kepada saya. Rasa terharu juga dan saya turut mengucapkan terima kasih kepada Rex dan family kerana diberi peluang untuk mencipta kad jemputan beliau. Kad beliau adalah antara portfolio terbaik yang pernah saya hasilkan setakat ini.

Majlis Jamuan Makan Malam Perkahwinan beliau dan isteri telah dilangsungkan dengan meriahnya di Hilton Kuching 27 Disember 2003.


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net