Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]
Friday, 16-Feb-2007 01:39 Email | Share | | Bookmark
FAQ TENTANG KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN





1. KENAPAKAH KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN SANGAT PENTING UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN?

Perkahwinan adalah hari yang paling istimewa untuk setiap pasangan pengantin. Setiap pasangan mahukan semuanya nampak istimewa pada hari itu termasuklah pakaian, andaman, solekan, gambar perkahwinan, jamuan makan, pelamin, hiasan kereta dan juga kad jemputan. Sejumlah wang disediakan untuk menjadikan majlis itu nampak indah dan meriah. Kad jemputan adalah perkara pertama yang diambil berat kerana ia adalah sebagai cara untuk memberitahu tetamu tentang majlis perkahwinan tersebut.

Kad yang cantik adalah gambaran pertama terhadap majlis yang bakal dilansungkan. Tidak dapat dinafikan kad yang cantik juga akan membangkitkan rasa terpesona di hati para jemputan dan seterusnya membangkitkan keinginan untuk mereka hadir ke majlis tersebut. Perlu diingatkan bahawa kehadiran tetamu adalah penting kerana tanpa mereka majlis perkahwinan itu akan menjadi kurang meriah.

2. APAKAH CIRI-CIRI KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN YANG BAIK?

Kad jemputan perkahwinan yang baik mestilah mempunyai ciri-ciri seperti rekaan yang asli dan unik. Layout yang menarik dari segi pemilihan warna, jenis huruf (font) dan jenis material kad yang bermutu. Jika pasangan itu mempunyai peruntukan yang lebih, mereka boleh memilih jenis kertas dan kad yang berkualiti tinggi. Ada pengantin yang telah menetapkan tema tertentu misalnya tema perkahwinan mereka berwarna hijau, maka tema itu akan dimulakan dengan kad jemputan yang menampilkan warna hijau. Ada juga yang meletakkan tali emas, riben atau cetakan emas.

Kad jemputan yang baik akan menjadi panduan kepada tetamu majlis. Cetakan kad mestilah jelas tanpa sebarang kesalahan ejaan terutamanya pada nama pengantin, tempat, tarikh dan tempat majlis diadakan. Jika ada peta pula, ia mestilah jelas dan mudah untuk diikuti agar mereka tidak tersesat ketika menghadiri majlis. Kad yang baik akan dijadikan cenderahati oleh tetamunya dan mungkin akan dijadikan rujukan di masa depan.

3. APAKAH PERKARA YANG PERLU DIHINDARKAN SEMASA MEMBUAT KAD JEMPUTAN?

A. Terdapat pasangan pengantin yang hanya menjemput tetamu mereka dengan kad jemputan yang disalin dari mesin fotostat. Kad undangan yang dibuat secara sambil lewa seolah-olah menggambarkan majlis itu sendiri. Itu adalah pandangan pertama apabila pihak tetamu menerima kad yang dibuat secara ala kadar. Perlu diingat kad jemputan yang yang baik cetakannya adalah sebagai tanda hormat kepada tetamu majlis tersebut. Malah terdapat juga tetamu yang datang ke majlis perkahwinan itu dengan menghulurkan sejumlah wang sumbangan. Soal untuk berjimat atau membazir tidak timbul kerana pasangan pengantin boleh menempah kad yang sederhana rekaannya dengan kos yang minima.

B. Pastikan tiada kesalahan pada ejaan termasuklah nama-nama penting, tarikh, tempat dan sebagainya.

C. Pastikan pihak pengantin mengedarkan kad jemputan lebih awal atau selewat-lewatnya seminggu sebelum majlis diadakan. Kad jemputan yang dihantar terlalu lewat akan menyebabkan tetamu itu tidak sempat membuat perancangan untuk hadir ke majlis tersebut. Selalunya ia terjadi kerana pasangan pengantin tidak membuat persediaan awal untuk menempah kad jemputan tersebut.

4. APAKAH YANG PERLU DISEDIAKAN OLEH PELANGGAN UNTUK PEREKA DAN PENCETAK MENGHASILKAN KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN?

Pelanggan dikehendaki untuk menyediakan isi kandungan untuk kad jemputan tersebut. Sila lihat contoh isi kandungan kad. Jika anda menulis dengan menggunakan pen, tulislah dengan jelas dan teratur tanpa sebarang kesalahan ejaan. Adalah lebih baik jika pelanggan menaip isi kandungan kad itu dengan menggunakan komputer dan disalin kepada diskette atau cd sebelum diberikan kepada pereka. Pereka dan pencetak pula mempunyai banyak rekabentuk kad untuk dipilih. Jika pelanggan bersetuju untuk memilih sesuatu rekaan, proses menghasilkan kad akan dijalan dengan serta merta.

5. BERAPA LAMAKAH MASA YANG DIAMBIL UNTUK MENGHASILKAN KAD JEMPUTAN?


Biasanya pereka dan pencetak akan memastikan pelanggan mereka menempah sekurang-kurangnya 2 bulan lebih awal untuk menghindarkan sebarang masalah di saat-saat akhir. 2 minggu digunakan untuk proses membuat layout (mock-up kad) dan memastikan tiada sebarang kesalahan pada draf kad tersebut. 2 minggu digunakan untuk mencetak kad. Selepas itu pasangan pengantin masih mempunyai 1 bulan untuk mengedarkan kad jemputan untuk tetamu mereka.

6. BERAPAKAH MINIMUM TEMPAHAN KAD JEMPUTAN?

Sila pastikan anda membuat kiraan sebelum menempah kad supaya ia mencukupi untuk majlis tersebut. Cetakan minimum adalah 300 keping kad untuk pereka mendapat keuntungan dari perkhidmatan mereka. Sekiranya anda telah menempah 300 keping dan kemudian ia tidak mencukupi dan anda mahukan 100 keping lagi, maka tempahan kali kedua akan menjadi mahal kerana ia ditempah di dalam jumlah yang sedikit. 500 keping kad adalah jumlah yang ideal untuk sesuatu majlis perkahwinan. Biar lebih jangan kurang kerana lebihan kad tersebut boleh disimpan di dalam album perkahwian sebagai kenang-kenangan.

cahayaKad - rekaan minimalist untuk kad jemputan perkahwinan.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



Tuesday, 13-Feb-2007 07:42 Email | Share | | Bookmark
CAHAYAKAD - REKAAN MINIMALIST UNTUK KAD JEMPUTAN PERKAHWINAN





MUKADIMAH & PENGENALAN KAD JEMPUTAN CAHAYAKAD

Setiap pasangan pengantin inginkan yang terbaik sahaja untuk majlis perkahwinan mereka. Segala persiapan diatur rapi untuk memeriah hari bersejarah sebagai Raja Sehari. Sejumlah peruntukan telah disediakan untuk tujuan tersebut termasuklah kelengkapan persandingan, andaman, barang hantaran, katering, bunga telur, fotografi dan sebagainya. Persiapan untuk majlis ini tidak akan lengkap sekiranya tidak disertakan dengan kad jemputan perkahwinan.

Kad jemputan adalah salah satu unsur penting di dalam majlis perkahwinan, kerana ia adalah cara paling mudah untuk memberitahu para tetamu tentang majlis perkahwinan tersebut. Di dalam kad tersebut segala data-data tentang majlis perkahwinan akan dihebahkan seperti nama pasangan pengantin, nama tuan rumah, tarikh, tempat, masa, nama-nama al-wakil dan pemangku kerja, aturcara majlis dan juga peta tempat majlis tersebut diadakan. Kad jemputan yang menarik dan berkualiti akan memberikan gambaran dan imej yang baik terhadap majlis perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Para tetamu akan merasa dihargai sekiranya bakal pengantin mengutuskan kad jemputan yang menarik dan ia akan membangkitkan keinginan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.

Kami di CahayaKad ingin turut serta untuk memeriahkan majlis perkahwinan anda. Oleh kerana itu, kami menawarkan perkhidmatan merekabentuk kad jemputan perkahwinan. Anda akan mendapati bahawa rekaan kad jemputan kami asli dan berkualiti serta mampu dimiliki pada kadar harga yang berpatutan. CahayaKad akan memastikan setiap perbelanjaan yang dikeluarkan oleh pelanggan adalah setimpal dengan kualiti kad yang ditempah.

Untuk memastikan kepuasan dan kebajikan kedua-dua belah pihak iaitu pelanggan dan CahayaKad, dibawah ini adalah beberapa langkah mudah untuk anda menempah kad Jemputan Perkahwinan CahayaKad:

LANGKAH 1. Pelanggan dikehendaki menempah kad jemputan sekurang-kurangnya 2 bulan sebelum tarikh perkahwinan diadakan. 2 minggu diperuntukkan untuk pelanggan menyediakan teks jemputan perkahwinan. CahayaKad akan menyediakan layout (mock-up) untuk rujukan pelanggan. Pelanggan pula dikehendaki memeriksa layout untuk memastikan tiada kesalahan pada ejaan. 2 minggu diperuntukkan untuk cetakan. Pelanggan masih punya masa selama 4 minggu untuk mengutuskan kad jemputan untuk para tetamu undangan.

LANGKAH 2. Kadar minimum tempahan ialah 300 keping kad.

LANGKAH 3. Setelah pelanggan bersetuju untuk menempah kad jemputan CahayaKad, mereka akan diminta untuk mengisi Borang Butiran Majlis Perkahwinan yang akan memberitahu data-data tentang majlis perkahwinan tersebut seperti nama pengantin, nama ibu dan bapa, tarikh, tempat, masa, nama-nama al-wakil dan pemangku kerja dan aturcara majlis.

LANGKAH 4. CahayaKad akan menyediakan Visual dan Artwork kad tersebut mengikut data-data yang telah diberikan. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kelewatan dan kos yang lebih, pelanggan dinasihati untuk meneliti setiap ejaan terutamanya nama, tempat, tarikh, masa dan lain-lainnya sebelum menandatangani Borang Tempahan.

LANGKAH 5. CahayaKad akan menyediakan Visual dan Artwork kad tersebut mengikut data-data yang telah diberikan. Untuk mengelakkan sebarang kesilapan, kelewatan dan kos yang lebih, pelanggan dinasihati untuk meneliti setiap ejaan terutamanya nama, tempat, tarikh, masa dan lain-lainnya sebelum menandatangani Borang Tempahan.

LANGKAH 6. Borang Tempahan akan diisi oleh pelanggan sebelum proses percetakan dilakukan. Pelanggan akan memberitahu spesifikasi kad yang ingin ditempah seperti kualiti kertas dan kad, rekabentuk, jumlah keping kad, harga dan sebagainya.

LANGKAH 7. 50% daripada kos keseluruhan kad jemputan akan dibayar oleh pelanggan sebagai wang pendahuluan ketika mereka menyerahkan Borang Tempahan kepada CahayaKad.

LANGKAH 8. Baki kos keseluruhan kad jemputan tersebut mestilah dibayar oleh pelanggan semasa penghantaran kad dilakukan.

LANGKAH 9. cahayaKad hanya mengambil tempahan untuk pelanggan di sekitar bandaraya KUCHING sahaja buat masa ini.

LANGKAH 10. Rekaan kad jemputan CahayaKad adalah Hak Cipta Terpelihara dan tidak boleh ditiru tanpa kebenaran bertulis.

Untuk tempahan atau keterangan lanjut sila hubungi Latifi Amir Abdul Kadir di talian (013) 8210 843 atau (082) 255 300. Semoga perkahwinan anda berkekalan hingga ke akhir hayat. Insya-Allah

cahayaKad - rekaan minimalist untuk kad jemputan perkahwinan.



LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



[<<  <  1  2  3  4  5  6  [7]  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net