Want your
own Fotopage?






 
Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Jun-2007 06:53 Email | Share | Bookmark
Kad Jemputan Perkahwinan Eksklusif CahayaKad (1)



Haji Abang Hashim adalah kenalan merangkap bos saya di pejabat. Saya sudah mengenali beliau sejak 1995, ketika itu beliau terlibat dengan projek menyiapkan hotel Merdeka Palace Kuching. Ketika itu saya sendiri telah ditugaskan untuk menyiapkan risalah korporat dan logo identiti untuk Merdeka Palace. Saya mula bekerja dengan syarikat beliau sejak 1999 (selepas seminggu menganggur, ekonomi gawat ).

Beliau yang saya kenali mempunyai citarasa yang tinggi dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tanpa had untuk kad jemputan beliau. Menghasilkan kad jemputan ini tidaklah terlalu sukar kerana beliau sendiri telah mengetahui cara saya bekerja. Saya menghasilkan rekaan ini dalam masa sehari dan beliau setuju dengan draf yang saya hasilkan.

Terdapat 2 rekaan yang saya hasilkan iaitu Kad Jemputan Perkahwinan dan kad menu Majlis Santapan Perkahwinan. Kedua-dua rekaan ini mempunyai identiti corak ataupun kerawang pada setiap kad. Jika anda perhatikan identiti gambar diatas (corak bunga terjuntai) telah dicetak pada setiap sampul kad dan ia juga dicetak pada menu Santapan Perkahwinan. Saya sendiri gembira dengan cetakan terakhir kad ini.

Sampul kad perkahwinan ini bersaiz 22cm x 11cm sementara kad jemputannya pula bersaiz 52cm x 10.5 apabila dibuka. Majlis Santapan Perkahwinan beliau telah diadakan pada 27 Mei 2006 dengan meriahnya di Holiday Inn Kuching. Selamat pengantin baru untuk Haji Abang Hashim dan Dayang Aldurrah. Paling terbaru beliau telahpun menerima seorang cahayamata perempuan baru-baru ini. Tahniah dari CahayaKad!





LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net