Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 5-Aug-2009 04:01 Email | Share | Bookmark
Ilham, Tips dan Idea untuk Kad Jemputan

Mari kita kongsikan idea-idea untuk mendapatkan Kad Jemputan yang mampu untuk memuaskan hati pasangan pengantin.

A. CIPTA LOGO / MONOGRAM YANG UNIK

Salah satu cara untuk menunjukkan kelainan adalah dengan mencipta tema dan logo untuk nama pasangan pengantin. Logo atau tema majlis perkahwinan anda adalah unik dan ia tidak akan diulang pada kad jemputan pasangan lain.

Ciptakan tagline yang bersesuai dengan tema perkahwinan anda seperti 'Kisah Cinta', 'Kasih Abadi', 'Hikayat Cinta' atau ayat-ayat lain yang lebih kreatif.



Tema dan logo ini boleh diulang-ulang pada rekaan selain dari kad jemputan, umpamanya kad terima kasih pada bunga telur, album perkahwinan, kek perkahwinan ataupun hiasan pelamin.

B. IDEA DARI KOTAK MINYAK WANGI.

Rekaan pada kotak minyak wangi sering menjadi rujukan CahayaKad. Ia serba ringkas dan cantik dipandang mata. Namun untuk mencapai rekabentuk yang 'minimalist' dan asli sering menjadi cabaran bagi pereka. Untuk pelanggan pula anda boleh perhatikan rekaan-rekaan pada kotak atau pembungkus minyak wangi sebagai ilham.



Selalunya pengeluar-pengeluar jenama ini lebih gemar dengan rekaan yang sederhana dan serba ringkas. Lihatlah semula kotak-kotak minyak wangi anda, pasti ia akan memberikan ilham.

C. CUBA ELAKKAN REKAAN YANG TELAH DIULANG-ULANG.

Anda mungkin menempah Kad Jemputan hanya sekali seumur hidup anda. Pastikan ia adalah rekaan yang asli dan menggambarkan keperibadian anda. Cuba elakkan menempah rekaan Kad Jemputan yang telah diulang-ulang sejak sekian lama kecuali jika rekaan itu betul-betul menarik.

Elakkan juga rekaan yang terlalu semak, tiada fokus dan penuh dengan warna-warni. Pereka kad mempunyai tanggungjawab untuk memberi rekaan yang terbaik sahaja untuk anda sebagai Raja Sehari.

D. TALI EMAS YANG MURAH TAPI NAMPAK EKSKLUSIF.

Tali Emas atau Perak sangat murah dan mudah untuk didapati. Lilitkan pada kad anda dan pasti hasilnya tidak mengecewakan. Kad anda pasti nampak mahal dengan sedikit sentuhan sahaja.



Tali riben juga adalah alternatif untuk menceriakan penampilan kad atau bungkusan hadiah cenderahati. Klik http://images.krop.com/meandmisterjones-49797fd0af90.jpg ini untuk melihat contoh penggunaan 3 tali riben. Ia nampak sangat klasik dan eksklusif.

E. KERTAS YANG BERKUALITI.

Kertas memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan kesan visual pada Kad Jemputan. Kertas yang berkualiti mungkin agak mahal tetapi hasilnya sangat memuaskan. Antara kertas tebal yang sering digunakan oleh CahayaKad adalah dari jenama Artizen Linen Laid dan Conqueror Laid Board. Kertas jenis ini mempunyai tekstur yang sangat lembut apabila disentuh.

F. PEMILIHAN FONT YANG SESUAI.

Sila berbincang dengan Pereka anda untuk mendapatkan Font (Rupahuruf) yang bersesuaian dengan rekaan kad anda. Tidak semua font sesuai untuk Kad Jemputan. Kita harus memikirkan golongan tua yang agak sukar untuk membaca jika teks yang digunakan dari jenis Script yang berbelit-belit.



Perhatikan font-font diatas yang sesuai untuk nama-nama pengantin dan juga untuk teks isi kandungan kad. CahayaKad mempunyai beberapa jenis font yang sangat klasik dan cantik seperti Sabon SC, Bodoni SC, Bembo dan Bicham Script.

Perhatikan huruf Q diatas, ia sangat menarik kerana ekornya agak panjang. Begitu juga dengan nombor-nombor 1, 2, 3, 4 dan 5 yang mempunyai ketinggian yang agak berbeza. Ia sangat cantik apabila dicetak diatas kad.

G. RAKAMKAN MEMORI KAD PERKAHWINAN ANDA.

Anda boleh meminta supaya jurugambar perkahwinan merakamkan gambar kad perkahwinan anda sebagai kenang-kenangan. Anda dan pasangan boleh memegangkan kad tersebut dan bergambar dengan gaya yang agak kreatif. 10 atau 20 tahun akan datang, detail seperti kad jemputan, bunga telur, kasut, pakaian pengantin, pelamin akan mengingatkan anda pada hari bersejarah itu.

Terima Kasih.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR
Designer / CahayaKad
(013) 8210843
latifiamir@hotmail.com


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net