Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 15-Aug-2009 05:43 Email | Share | Bookmark
Tips - Memilih Font untuk Kad Jemputan

Font adalah salah satu unsur penting di dalam rekaan CahayaKad. Pemilihan font mestilah bersesuaian dengan tema kad. Contohnya jika anda mahukan kad anda bertema romantik atau klasik, maka font dari jenis serif adalah yang paling sesuai. Font jenis serif ini atau yang selalu disebut mempunyai "ekor" amat mudah untuk dibaca.

Antara font kegemaran saya adalah Garamond Premier Pro italic, Adobe Garamond Pro italic & Goudy Old Style italic. Font-font jenis ini banyak digunakan untuk cetakan isi kandungan novel. Ia berbentuk klasik dan sedap dipandang mata.



Malah di dalam Illustrator CS3, font jenis truetype ini boleh diubahsuai dengan menukarkannya kepada format "glyphs". Perhatikan huruf-huruf diawal perkataan atau di penghujung perkataan yang telah diubahsuai. Ia nampak sangat klasik sekali. Antara font-font lain yang menarik termasuklah Goudy Old Style, Sabon dan Georgia.

Berbeza dengan font dari jenis sans (tidak berekor) seperti Gill Sans nampak sangat moden dan ringkas. Jika anda sukakan kad yang ringkas, font jenis ini adalah pilihan yang sangat sesuai. Gill Sans telah digunakan oleh kebanyakan jenama antarabangsa termasuklah Marks & Spencer.



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net