Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 12-Sep-2009 05:06 Email | Share | Bookmark
Tentang Lokasi Majlis Perkahwinan



Mungkin ada yang bertanya adakah Pelan Lokasi untuk ke Majlis Perkahwinan adalah kemestian di dalam kad jemputan. Jawabannya mungkin "ya" atau "tidak".

1. "Ya" kerana pelan lokasi akan memudahkan tetamu majlis mencari di mana letaknya rumah anda. Ia menjadi amat penting sekiranya rumah anda berada di kawasan yang agak terpencil tidak kiralah samada ia terletak di kampung atau di bandar.

2. "Tidak" penting jika tempat majlis itu dilangsungkan adalah kawasan awam yang mudah dicari contoh hotel terkemuka atau pusat konvensyen yang terkenal. Namun bagi saya Pelan Lokasi tetap penting samada majlis anda diadakan di kampung halaman atau di hotel 5 bintang. Membuat pelan lokasi ada seninya yang tersendiri. Selalunya saya sanggup meluangkan masa untuk menghasilkan pelan lokasi yang nampak kemas dan sedap dipandang mata.

Antara tips untuk menghasilkan Pelan Lokasi yang baik:
1. Sila buat rujukan samada di http://maps.google.com.my/ atau http://wikimapia.org.
2. Sila pastikan lukisan pelan lokasi tersebut mengikut propotion yang betul. Pelan lokasi yang diubahsuai seperti memendekkan jalan hanya akan mengelirukan tetamu yang datang.
3. Anggaplah pelan lokasi sama pentingnya seperti isi kandungan kad jemputan.

LATIFI AMIR ABDUL KADIR + CahayaKad


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net