Want your
own Fotopage?






 
Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 28-Sep-2009 11:19 Email | Share | Bookmark
Memperkenalkan Sampul Kad dari jenis Kraft Paper



Saya percaya ramai di antara kita samada sedar atau tidak, pernah memiliki material yang diperbuat dari jenis Kraft Paper ini. Tidak kiralah samada di dalam bentuk rekaan sampul surat, pembungkus roti atau beg kertas dari pasaraya terkenal. Kraft paper juga dikenali sebagai Brown paper atau sugar paper. Ia mudah dikenali kerana warna kelabunya. Kraft paper juga adalah simbol kepada pemuliharaan alam sekitar dan kempen kitar-semula.

Secara peribadi saya sangat menyukai texture kertas ini kerana ia tidak terlalu lembut dan tidak pula terlalu kasar. Jika ia digunakan dengan betul dan kreatif, maka akan terhasillah rekaan yang sangat unik, klasik tetapi moden. Ia seperti melihat gambar lama di dalam format hitam dan putih!

Kini cahayakad perkenalkan rekaan sampul kad dari jenis Kraft Paper. Harganya tetap sama seperti material Simili Paper berwarna putih. Saiz untuk sampul kad ini juga terdapat dalam dua saiz iaitu 17cm x 17cm dan 22cm x 11cm








Jika anda sudah bosan dengan warna sampul kad berwarna putih, inilah masanya untuk bertukar selera


LATIFI AMIR ABDUL KADIR + CahayaKad


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net