Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Jan-2010 02:00 Email | Share | Bookmark
Tahun Baru 2010 & Pengenalan Siri Terbaru - BASIC SERIES

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah & Tahun Baru 2010. Besar harapan saya agar awal tahun ini CahayaKad dapat dilancarkan dengan serta-merta. Namun kerana kesibukan untuk persiapan berpindah rumah dan ditambah dengan kerja-kerja harian yang begitu banyak, kemungkinan pelancarannya akan ditangguhkan lagi ke bulan depan.

Buat masa ini proses pengumpulan data dan portfolio masih dijalankan. Salah satu rekaan yang akan ditampilkan adalah BASIC SERIES. Siri ini adalah koleksi kad yang paling asas dan termurah di antara siri-siri yang lain. Saya selalu berangan-angan jika siri ini mampu untuk diterima pelanggan sebagaimana mereka sukakan penerbangan tambang murah atau menginap di budget hotel.

Terdapat 15 hingga 20 rekaan untuk dipilih dan tema yang berlainan seperti chandelier & neo classical chair, angsa, bangau, paku pakis, merpati dan lain-lain.

Ia hanyalah sekeping kad berukuran 7 inci x 5 inci. Sementara sampul kad pula berukuran 7.5 inci x 5.5 inci. Cetakan untuk kad ini adalah 2 warna cetakan offset & sampul kad pula adalah sampul putih Simili Paper atau sampul Kraft Paper. Tiada cetakan pada sampul kad tetapi cetakan timbul trademark ada pada penutup sampul tersebut.

Terdapat 3 pilihan kertas iaitu Art Card 220 grams, Artizen Linen Card 220 grams dan Conqueror Card 220 grams. Di bawah ini adalah 3 contoh yang akan dilancarkan.







Sekiranya anda berminat untuk mengetahui harga sepenuhnya, sila emailkan pertanyaan anda. Terima Kasih

LATIFI AMIR
Pereka cahayaKad
Kuching Sarawak
latifiamir@hotmail.com
Tel + (013) 8210 843 / (082) 255 300


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net