Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 20-Mar-2010 02:13 Email | Share | Bookmark
Meraikan Cinta Rozie & Yazhani.



Majlis perkahwinan Rozie & Yazhani akan dilangsungkan tidak lama lagi. Rozie adalah adik perempuan bongsu kepada Tuan Haji Hashim. Saya bertanggungjawab menciptakan kad jemputan beliau pada tahun 2005 dan kini giliran adik perempuan beliau pula. Sebagai seorang arkitek, Haji Hashim mempunyai citarasa yang berbeza melalui pengalaman beliau melancong ke negara-negara Eropah, Timur Tengah dan Australia.

Beliau memilih konsep Arabian + Mediterranean + British India. Warna Emas dan Tiffany Blue adalah warna asas yang dipilih sama seperti tema pakaian pasangan pengantin. Saya mencadangkan koleksi "Love Series" untuk mereka dan 2 proposal telah dipilih untuk disenarai-pendek. Hasil akhirnya agak memuaskan hati terutama warna Tiffany Blue yang agak menonjol sebagai warna tema.

Antara item yang saya cipta untuk pasangan Rozie & Yazhani adalah:
1) Kad Jemputan Majlis Ijab Kabul
2) Kad Jemputan Meraikan Cinta / Jamuan Makan Malam
3) Bottle Wrapping untuk mineral water
4) Menu untuk Jamuan Santapan Malam
5) Kotak untuk Door Gift.

Dibawah ini adalah imej-imej dari rekaan Kad Jemputan / LOVE SERIES yang bertemakan Meraikan Cinta. Jika ada kesempatan nanti, akan saya sertakan juga gambar-gambar majlis perkahwinan mereka yang akan berlansung pada minggu depan. Enjoy!










LOVE SERIES boleh ditempah sekarang. Lebih banyak pilihan untuk anda. Hubungi saya di latifiamir@hotmail.com atau SMS (013) 8210843. Terima Kasih.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net