Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 14-Apr-2010 02:10 Email | Share | Bookmark
Meraikan Cinta / A Celebration of Love | Rozie & Yazhani

Majlis Makan Malam & Resepsi Perkahwinan Rozie & Yazhani telahpun berlangsung dengan suasana yang penuh meriah. Majlis yang diadakan pada 27 Mac 2010 itu berlangsung dengan mood ceria bertemakan Arabian Night + Egyptian + Taj Mahal + British India + Nusantara. Semuanya bergabung didalam satu majlis yang begitu indah sekali.

Saya sendiri begitu terpesona dengan persembahan nyanyian, pantun gurindam dan semestinya hidangan yang disediakan oleh The Hilton Kuching yang begitu enak sekali. Untuk anda yang mengikuti lamanweb ini, saya serta beberapa imej yang saya sempat rakamkan pada sebelah petang sebelum majlis dimulakan.

Projek untuk Printed Items perkahwinan ini dimulakan dengan penciptaan tema oleh kekanda kekanda pengantin perempuan. Beliau memilih untuk menggunakan imej burung merak yang selalu dikaitkan dengan empayar British India. Apabila imej merak ini diperluaskan, maka ilham-ilham lain seperti rekaan senibina Morocco (Masjid Hassan II), Taj Mahal, Cleopatra, Sungai Nil, khemah Arab Badwi dan padang pasir semuanya muncul untuk diterjemahkan di dalam deco perkahwinan, persembahan, menu dan mood pada malam tersebut.

Antara Printed Items yang saya hasilkan termasuklah 2 kad jemputan perkahwinan (majlis Ijab Kabul & Meraikan Cinta), Menu Santapan, Bottle Wrapping, Door Gift Box & Riben.



















Jika anda berminat dengan penggunaan tema seperti perkahwinan ini, saya boleh mengemukakan cadangan untuk anda. Imej-imej seterusnya untuk tatapan anda. Terima Kasih
















View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net