Want your
own Fotopage?






 
Kad Jemputan Perkahwinan. Kad Jemputan Pernikahan. CahayaKad. Rekaan Retro & Minimalist.

By: latifi amir abdul kadir

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]
Monday, 7-Sep-2009 04:15 Email | Share | | Bookmark
Koleksi CahayaKad - Aidilfitri 2009




Kad Aidilfitri untuk sebuah firma pengurusan project & pembinaan bangunan di Kuching.



Ini adalah rekaan terbaru Kad Hari Raya Aidilfitri untuk Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg yang juga Menteri Perumahan Sarawak. Saya amat gemar dengan warna-warna terang yang terdapat pada rekaan geometrik. Cetakan emas (Hotstamping) adalah pelengkap kepada rekaan ini.



Kad ini pula adalah untuk studio Aizo Digital Works kepunyaan Abang Abdillah Izzarim Abang Abdul Rahman Zohari. Lamanweb studio ini boleh dilayari di www.aizodigitalworks.com.


Wednesday, 26-Aug-2009 08:24 Email | Share | | Bookmark
Aidilfitri / Geometric Series



Saya sudah berpeluang beberapa kali untuk mencipta kad perayaan untuk Datuk Amar Abang Zohari Tun Abang Openg dan keluarga. Koleksi Aidilfitri Cahayakad menampilkan Seni Geometrik yang dipelopori di dalam dunia Islam. Ia nampak mudah tetapi sebenarnya agak sukar untuk difahami. Ia hanya bergantung kepada gabungan rupabentuk empat segi, tiga segi dan bulat. Selain seni geometrik, seni khat juga amat saya kagumi tetapi tidak pernah ada kesempatan untuk belajar secara formal.


Saturday, 15-Aug-2009 06:21 Email | Share | | Bookmark
Akan Datang - Tropical Series



Tropical Series adalah kad jemputan bertemakan bunga-bunga tempatan yang dilukis semula dengan menggunakan element lukisan vector. Kad ini dicetak dengan warna penuh (CMYK) dan cetakan hot stamping. Tunggu kemunculannya.


Saturday, 15-Aug-2009 05:43 Email | Share | | Bookmark
Tips - Memilih Font untuk Kad Jemputan

Font adalah salah satu unsur penting di dalam rekaan CahayaKad. Pemilihan font mestilah bersesuaian dengan tema kad. Contohnya jika anda mahukan kad anda bertema romantik atau klasik, maka font dari jenis serif adalah yang paling sesuai. Font jenis serif ini atau yang selalu disebut mempunyai "ekor" amat mudah untuk dibaca.

Antara font kegemaran saya adalah Garamond Premier Pro italic, Adobe Garamond Pro italic & Goudy Old Style italic. Font-font jenis ini banyak digunakan untuk cetakan isi kandungan novel. Ia berbentuk klasik dan sedap dipandang mata.



Malah di dalam Illustrator CS3, font jenis truetype ini boleh diubahsuai dengan menukarkannya kepada format "glyphs". Perhatikan huruf-huruf diawal perkataan atau di penghujung perkataan yang telah diubahsuai. Ia nampak sangat klasik sekali. Antara font-font lain yang menarik termasuklah Goudy Old Style, Sabon dan Georgia.

Berbeza dengan font dari jenis sans (tidak berekor) seperti Gill Sans nampak sangat moden dan ringkas. Jika anda sukakan kad yang ringkas, font jenis ini adalah pilihan yang sangat sesuai. Gill Sans telah digunakan oleh kebanyakan jenama antarabangsa termasuklah Marks & Spencer.



Wednesday, 12-Aug-2009 07:20 Email | Share | | Bookmark
Majlis Kuntuman Kasih



Majlis Kuntuman Kasih untuk perkahwinan Nurul Nadirah & Herman telah diadakan di The Club, Kota Damansara. Majlis Resepsi pada 08.08.09 telah dikendalikan oleh KerjaKahwin.

Klik di sini untuk melihat gambar-gambar majlis tersebut. Tidak dinafikan, suasananya segar, moden dan sangat teratur. Tahniah untuk pasangan pengantin & team KerjaKahwin.


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net